Sunday 22 October 2017

Pengumuman

Kepada pelanggan yang dihormati kami terpaksa menukar nombor whatsapp 0142668568 kepada nombor 01139291480 atas sebab-sebab teknikal. 

Maaf di atas segala kesulitan. 

Harap Maklum

Thursday 30 April 2015

Promosi Hebat FemFigure 50%



 
Diskaun 50% - Produk Pembesaran dan Penegangan Payudara

FemFigure Fem-G membantu meningkatkan pembesaran saiz payudara,mengisi bra anda dengan lebih baik, memejalkan pinggul, membentuk perut, paha dan lengan cara semula jadi tanpa pembedahan plastik.
Selain dari fungsi utama membesar dan menegangkan payudara terdapat fungsi tambahan lain hasil penggunaan FemFigure pada tubuh badan:- - Meningkatkan kadar kesuburan
- Menggalakkan kesihatan payudara
- Memejalkan payudara kendur
- Mengisi rongga payudara terutamanya yang disebabkan oleh
penyusuan bayi
- Firma dan membentuk kawasan pinggul
- Tone garis pinggang anda
- Lengan nada dan paha
- Mengimbangi tahap hormon anda
- Meningkatkan libido
- Mengawal kitaran haid
- Betulkan kekeringan faraj
- Mengetatkan vagina
- Menguatkan kuku dan rambut
- Meningkatkan kadar pertumbuhan pada kuku dan rambut
- Meningkatkan penghidratan kulit
- Mengurangkan gejala menopaus
- Tingkatkan sistem imun
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Menggalakkan kulit muda dan mengurangkan kendur
- Kelewatan penuaan

Sunday 9 November 2014

Cara Penjagaan Kecantikan Che Ta

Petikan DARI SINARHARIAN.COM.MY
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA


KECANTIKAN dan kesihatan adalah satu perkara yang subjektif untuk diulas. Ada sesetengah pihak berpendapat, kecantikan sangat berkait rapat dengan kesihatan dalam seseorang itu.

Bagi kaum wanita pula, biasanya apabila usia mula mencecah 40-an, kecantikan mula diketepikan dan hal-hal ehwal keluarga pula mula diberi perhatian.

Malah ada ketikanya, ada wanita berpendapat, pada usia 40-an, tidak sesuai lagi buat seseorang wanita itu bergaya cantik.

Namun berbeza bagi dramatis terkenal, Rozita Che Wan, biarpun usianya sudah menginjak ke 40 tahun Mac lalu, namun dia masih kelihatan cantik dan ramping bak wanita berusia awal 20-an.

Tidak hanya dengan bentuk tubuh yang ramping dan kulit yang halus, Rozita atau mesra di sapa Che Ta pula masih mengekalkan gaya muda yang menyebabkan dia nampak jauh lebih muda dari usia sebenar.

Mari ikuti rahsia dan cara Che Ta menjaga kecantikan kulit dan tubuh badan.


Sebagai selebriti apa definisi cantik dan sihat bagi anda?

ROZITA 
: Bagi saya kecantikan itu adalah sesuatu perkara yang universal. Jika kita sihat dalaman, secara tidak langsung wajah kita akan nampak cantik dan segar. Jika kita sakit, wajah kita akan nampak kusam dan tidak bermaya.


Pada usia mencecah 40 tahun, anda masih kelihatan cantik, apa rahsianya?

ROZITA :
 Secara jujurnya tiada apa-apa rahsia yang saya amalkan. Cuma saya selalu fikir muda dan gembira sentiasa, saya tidak pernah fikir saya sudah berusia 40 tahun dan saya tidak suka fikir masalah. Pendek kata, saya sentiasa 'happy go lucky'.


Bagaimana cara anda menjaga kecantikan kulit dan wajah?

ROZITA : 
Sama seperti orang lain, saya selalu mencuci wajah, pakai krim, toner dan sebagainya. Pada masa lapang pula saya akan memakai mask (topeng) bagi memastikan kulit sentiasa segar. Cuma pada waktu pagi, saya akan cuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk dan ia memang saya amalkan semenjak remaja lagi.


Ada sesetengah artis mengambil suntikan untuk mengekalkan kecantikan, anda bagaimana?

ROZITA 
: Setakat ini saya belum terfikir lagi untuk mengambil suntikan kerana Alhamdulillah kulit saya tidak mengalami sebarang masalah. Malah saya juga tidak pernah melakukan facial di pusat kecantikan sebaliknya hanya melakukan perkara asas di rumah sahaja.


Ramai orang mengenali Che Ta dengan tubuh yang langsing, tetapi pernahkah anda mengalami masalah berat badan?

ROZITA 
: Pernah tetapi ketika saya mengandung dulu, berat saya daripada 45 kilogram (kg) naik sehingga 90 kilogram. Tetapi biasalah mengandung, kemudian saya berjaya turunkan berat semula. Sekarang kalau badan naik pun hanya dua atau tiga kilogram, bila rasa badan naik, saya akan mula jaga pemakanan. Berat saya sekarang 50kg.


Bagaimana rutin pemakanan harian anda?

ROZITA : 
Saya seorang yang mengambil berat tentang bentuk tubuh saya tetapi itu tidak bermakna saya mengamalkan diet yang ketat sehingga jadi macam kucing, makan ikan sahaja 24 jam (ketawa).

Saya masih mengambil nasi dua kali sehari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya juga tak ambil makanan segera dan makanan ringan. Tetapi sayur hijau dan ikan adalah makanan kegemaran saya.


Ada ambil suplemen?

ROZITA : 
Saya hanya ambil suplemen dari Rich Beauty dan tidak ambil apa-apa suplemen tambahan lain.


Dengan jadual seni yang padat, sempatkah anda luangkan masa untuk bersenam?

ROZITA : 
Secara jujurnya, tidak. Tetapi saya bersenam dengan cara lain seperti kemas rumah, cuci bilik air kerana apabila kita bersenam, secara tidak langsung, pori-pori di muka akan menjadi kecil. Jadi bukan sahaja badan sihat, tetapi wajah kita pun akan jadi cantik.


Adakah anda gemar manjakan diri di spa dan salun?

ROZITA 
: Tidak. Jika ada masa terluang, saya lebih gemar duduk di rumah, mengemas rumah, memasak, menjahit. Jadi untuk kecantikan diri sendiri, saya lebih gemar beli lulur, mask serta serum untuk rambut dan buat sendiri di rumah.


Berapa kos yang anda peruntukan untuk penjagaan wajah dan tubuh?

ROZITA :
 Saya rasa tak sampai RM100 sebab produk Safi Rania saya dapat percuma, jadi saya cuma perlu perlu mask, serum dan yang sampingan lain sahaja.

Jadi sekarang siapa kata saya 'high-maintenance' (ketawa)? Cuma saya banyak lebihkan duit saya pada baju, kasut, beg kerana bila kita pakai cantik, secara tidak langsung kita akan nampak cantik.


Jika tertekan, apa yang gemar anda lakukan?

ROZITA :
 Kalau saya tertekan, saya suka pergi membeli-belah, tapi lepas itu tertekan sebab duit banyak habis pula (ketawa). Tidaklah. Saya tak pernah rasa tertekan.

Kalau ada masalah, saya tidak pernah fikir dan biar ia selesai sendiri, kalau asyik fikir pun, akhirnya pada wajah banyak kedut-kedut sebab banyak sangat nak difikirkan. Sebenarnya hidup kita tidak rumit cuma kita merumitkan.


Apa perkembangan terkini anda sekarang?

ROZITA :
 Saya dah mula memperlahankan karier seni saya dan tidak lagi menerima tawaran drama kerana mahu memberi tumpuan kepada persiapan perkahwinan.

Cuma saya masih terlibat dengan program Primadona dan Ratu Rania. Saya akan cuti sehingga Januari 2014 dan selepas itu baru saya akan kembali berlakon. Buat masa ini, telefilem lakonan saya, Kalung Kak Dara akan disiarkan di TV3, Sabtu ini.


5 PERKARA MENGENAI CHE TA 


1. Seorang yang 'happy go lucky'.
2. Mudah lupa.
3. Bukan pencinta gajet dan Che Ta tidak pandai dengan IT.
4. Gemar duduk di rumah.
5. Tidak suka fikir masalah.

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/rahsia-awet-muda-che-ta-1.210218

Tuesday 4 November 2014

Tips kecantikan cara neelofa

Foto artikel kredit Sinar Harian.

NAMA Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor bukanlah asing dalam industri hiburan tanah air.
Semenjak dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2010/2011, karier gadis bertubuh genit, berkulit putih gebu ini terus melonjak naik.
Dikenali bukan sahaja kerana bakat dan kepetahannya bercakap, namun kecantikan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang berdarah kacukan Pakistan dan Arab ini membuatkan dia sering menjadi perhatian ramai.
Justeru, Zass mendekati pendukung utama filem Azura ini untuk mengetahui rahsia dia menjaga kecantikan dan kelangsingan tubuhnya.

Apa pengertian cantik dan sihat bagi anda?
Bagi saya, cantik dan sihat adalah satu perkara yang subjektif. Ia melibatkan cara hidup, pemakanan kita kerana ada sesetengah orang amat menitik beratkan soal pemakanan dan ada pula yang sebaliknya.
Sebagai seorang selebriti, pastinya anda sangat mementingkan kecantikan…
Jika saya bukan selebriti, kecantikan itu adalah penting. Namun cantik itu bukan meliputi wajah semata-mata, tetapi juga hati.

Adakah anda gemar mengenakan solekan tebal ketika keluar rumah?
Dulu ya, tetapi kini saya lebih suka kelihatan natural. Cukup dengan pelembap bibir, bedak kerana saya mahu kulit saya dapat bernafas.

Anda mempunyai kulit yang putih dan gebu, apa rahsianya?
Saya akui agak menitik beratkan kecantikan kulit. Tapi saya tidaklah terlalu cerewet dengan penjagaan. Percaya atau tidak, saya tidak menggunakan krim siang atau krim malam. Sebaliknya hanya memakai serum untuk kulit.
Biar pun mahal, pada saya jika bagus untuk kulit tidak salah kita keluar belanja lebih sedikit. Selain itu, saya juga turut mengambil suplemen untuk kecantikan kulit.

Ada amalkan cara tradisional untuk menjaga kulit?
Sejujurnya tidak kerana ada sesetengah barang tradisional agak susah didapati. Jadi sekarang banyak produk moden seperti mask, lulur yang boleh didapati di kedai. Jadi saya hanya gunakan cara moden kerana ia lebih menjimatkan masa.

Ada sesetengah selebriti gemar memilih suntikan untuk kecantikan, anda pula bagaimana?
Ia terpulang pada selebriti atau individu itu. Pada pendapat saya suntikan vitamin atau suntikan antioksidan memang bagus untuk kulit apatah lagi, sebagai manusia biasa, kita kadangkala tidak mampu mengawal pengambilan makanan atau mengikut susunan piramid makanan yang ditetapkan. Jadi suntikan seperti ini dapat membantu kita menjaga kulit.
Tapi macam saya katakan tadi, ia terpulang pada individu tersebut kerana suntikan ini memerlukan kos yang tinggi dan komitmen. Jadi kalau tidak mahu keluarkan belanja yang banyak, jagalah kulit dengan pemakaian produk sahaja.

Anda antara selebriti yang mempunyai tubuh yang cantik, apa rahsianya?
Saya tidak mengamalkan apa-apa rahsia kerana saya sebenarnya suka makan. Cuma saya gemar ke gimnasium kerana kalau kita kurus sahaja tak guna, apa yang penting tubuh kita nampak ‘fit’.

Bagaimana rutin pemakanan anda?
Saya makan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit. Bagi saya jika kita pandai kawal kuantiti pemakanan, badan kita akan sentiasa ‘maintain’. Manakala pengambilan makanan segera pula perlu dielakkan, kalau boleh hanya sebulan sekali sahaja kerana makanan segera tidak elok untuk tubuh kita.

Berapa kos yang anda peruntukan untuk penjagaan kulit, wajah dan rambut, setiap bulan?
Saya tidak tetapkan sebarang kos setiap bulan kerana tidak tetap. Ada produk yang boleh pakai dalam tempoh lebih sebulan. Jadi ia bergantung kepada keadaan juga.

Bagaimana cara anda menangani tekanan?
Biasanya saya akan luangkan masa bersama keluarga kerana keluarga adalah tempat yang sesuai untuk kita berkongsi masalah bergembira. Selain itu saya suka berbelanja untuk diri sendiri seperti makan dan membeli-belah. Ia akan buat saya rasa lebih ceria.

Apa perkembangan terbaru anda?
Saya kini hanya terlibat dengan program Nona dan Meletop sebagai pengacara, manakala filem baru saya yang diarahkan oleh Osman Ali akan memulakan penggambaran Januari nanti.

Sunday 19 October 2014

Produk Payudara



Memperkenalkan produk pembesaran/perkembangan payudara FemFigure FEM-G evolusi terkini untuk membantu perbesaran payudara yang menggunakan kaedah sel terapi untuk merawat and menyuburkan semula kelenjar tubuh manusia yang terlibat secara lansung dalam proses akil baligh. Teknik ini membolehkan payudara anda membesar (dikalangan remaja) atau tumbuh semula (dikalangan orang dewasa) secara semula jadi. Ia membantu badan anda menghasilkan jenis hormon, enzim dan rembesan yang betul didalam badan anda supaya saiz payudara yang sering diimpikan dapat dicapai. Pencapaian kadar kejayaan yang luar biasa dengan produk ini menjadi sebab yang penting mengapa kami mahu anda mencuba produk ini.  
Ciri-ciri dinamik FemFigure FEM-G:
  • Kadar kejayaan sebanyak 93% pertumbuhan payudara
  • Kajian menunjukkan peningkatan dalam purata ukuran sebanyak 1 cawan atau 1 inci dalam masa 4 bulan
  • Supplemen kesihatan yang terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan, tanpa sebarang kesan sampingan
  • Satu-satunya formula yang terbukti selamat untuk kegunaan para remaja (NOTA: produk pembesaran payudara jenis herba tidak sesuai untuk kegunaan para remaja!!)
  • Formula yang terbukti berkesan untuk wanita dan lelaki
  • Berfungsi untuk mencapai bentuk badan yang lebih feminin
  • Selepas saiz payudara yang diingini dicapai pengguna boleh berhenti menggunakan pill ini.
  • Meningkatkan kadar kesuburan pada badan wanita
  • Formula berkesan dikalangan wanita berpayudara kecil
Kami adalah satu-satunya formula pembesaran payudara di pasaran yang meraikan pencapaian kami berdasarkan kejayaan pembesaran payudara oleh pelanggan kami dan bukan pencapaian melalui jualan produk kami. Untuk memastikan bahawa produk ini berkesan kepada majoriti pelanggan kami, kami berkerja keras untuk melaburkan semula 80 peratus daripada jualan kami ke dalam penyelidikan dan analisis produk kami, supaya kerjayaan produk ini boleh diteruskan. Kakitangan kami sentiasa berkerja keras untuk menimba ilmu peningkatan dan pembesaran payudara supaya setiap pelanggan kami dapat memperolehi faedah daripada produk FemFigure.
Kami menggalakkan anda untuk membaca informasi dalam laman web kami supaya anda memperolehi pemahaman yang lebih terperinci di dalam produk kami dan juga bagaimana ia dapat membantu payudara anda menjadi besar, montok, cantik dan sihat. Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, janganlah teragak-agak untuk menanya. Kakitangan kami yang mesra sedia membantu anda.