Bagaimanakah FEM-G Berkesan
Wanita
Kitaran akil baligh seorang gadis bermula apabila kelenjar ovari menerima isyarat pertama hormon dari bahagian otak. Kelenjar ovari berkerja dengan kelenjar pituitari, tiroid dan adrenal badan untuk bertindak terhadap isyarat ini dengan menghasilkan hormon, enzim dan peptida yang diperlukan oleh badan untuk merangsang pertumbuhan dan transformasi pada otak, tulang, otot, darah, kulit, rambut, payudara dan organ pembiakan. Semasa inilah genetik gadis, makanan dan alam sekitar seseorang menjadi pengaruh utama terhadap berapa banyak hormon, enzim dan peptida yang akan dibebaskan dari system endokrin ke dalam badan. Ia seterusnya mempengaruh pembesaran tubuh fizikal seorang remaja. Kitaran akil baligh ini biasanya mengambil masa diantara 6 hingga 8 tahun di mana ia akan berhenti apabila badan remaja mencapai kematangan dan memasuki alam dewasa.Apabila proses akil baligh ini berakhir jumlah hormon, enzim dan peptida yang dihasilkan dari badan sewaktu proses akil baligh akan berkurangan. Bahan kima yang dihasilkan oleh badan ini akan terus berkurangan melalui proses penuaan dan lebih drastik lagi apabila badan wanita mencapai umur menopaus.
Akil baligh adalah satu proses yang tidak boleh dikembalikan selepas ia berhenti. Ini bermakna jika pembesaran anda terbantut disebabkan faktor genetic, makanan dan alam sekitar apabila kitaran akil baligh anda berakhir, anda perlu menerima apa jua pertumbuhan, fungsi dan transformasi badan yang telah berlaku ke zaman dewasa. Jika payudara seorang wanita tidak terbentuk sepenuhnya semasa kitaran akil baligh, ia amat mustahil untuk membesarkan ia secara semulajadi selepas kitaran ini berhenti.
Produk pembesaran/perkembangan payudara FemFigure FEM-G semulajadi adalah merupakan satu gabungan dari metodologi purba berserta dengan teknologi moden hari ini. Produk ini bekerja untuk memberi sel-makanan dan nutrien yang penting untuk menyuburkan kembali kelenjar endokrin anda. Khasiat penting ini mempunyai kapasiti dan keupayaan untuk memberi nafas baru, mencergas serta menyegarkan kembali sistem endokrin penting yang terlibat dalam proses akil baligh. Ia membantu mengembalikan kitaran akil baligh zaman remaja pada payudara dengan mengaktif semula sistem endokrin di dalam badan. Badan anda akan diberi peluang sekali lagi untuk menghasilkan jumlah hormon, enzim dan peptida yang berpatutan untuk tumbesaran payudara. Proses ini seakan pengembalian kitaran akil baligh.
Bagaimana pula dengan wanita-wanita yang satu masa dahulu mempunyai payudara yang cantik dan menggiurkan semasa akil baligh tetapi saiz, bentuk dan keanjalannya terhilang disebabkan kehilangan berat badan yang drastik, kehamilan, penyusuan, ketidakseimbangan hormon pada badan dan proses penuaan? Dengan membawa kembali kitaran akil baligh, produk FemFigure FEM-G akan berkerjasama dengan badan anda untuk memulihkan kecantikan, bentuk dan saiz payudara anda. Dengan itu, ia membawa kembali kecantikan feminin anda yang hilang.
Tidak seperti di dalam proses akil baligh dimana saiz payudara ditentukan oleh badan anda, teraan genetik, makanan dan alam sekitar, FemFigure FEM-G dapat membantu payudara anda untuk membesar kepada saiz dan bentuk yang anda idamkan. Ia mengerakkan kembali pengagihan semula komposisi lemak badan ke kawasan yang disasarkan diseluruh badan supaya bentuk langsing badan berserta payudara yang cantik dapat dikecapi.
No comments:
Post a Comment