FAQ

Pertanyaan Yang Sering Diajukan

  • Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support merupakan sejenis terapi berbentuk selular dan organ terapi yang menyerupai kaedah yang digunakan di dalam plasenta biri-biri. Produk ini adalah 100% semulajadi yang diperolehi daripada lembu untuk merangsang kelenjar dan sistem tubuh yang khas terlibat dalam proses akil baligh. Seterusnya memberi tubuh badan peluang untuk membina saiz payudara di mana sesetengah wanita kemungkinan tidak berlaku semasa akil baligh atau mencapai saiz payudara yang sering diinginkan untuk wanita yang lain.
    Pada abad ke 16, doktor Paracelsus dan juga ramai doktor yang lain mencipta konsep perubatan “Jantung menyembuhkan jantung, paru-paru menyembuhkan paru-paru, limpa menyembuhkan limpa; seperti organ menyembuhkan organ’. Ini dipercayai sebagai kaedah yang terbaik untuk merawat pelbagai jenis penyakit dengan tisu hidup yang dapat menyembuhkan, membina semula, menggiatkan semula dan menjana semula tisu-tisu yang bermasalah ataupun dalam proses penuaan. Doktor pada hari ini yang mengamalkan kaedah sel terapi mempercayai kaedah ini dapat membantu organ pesakit yang sedang mengalami proses penuaan untuk menjadi muda.
    Produk pembesaran/perkembangan FemFigure FEM-G merupakan campuran proprietari semulajadi dan selamat yang mengandungi nutrien, enzim, peptida dan biokimia yang diperlukan oleh badan kita untuk menggalakkan penjanaan hormon dan bahan kimia yang berkaitan supaya payudara dapat membesar.
  • Terapi kelenjar untuk pembesaran/perkembangan payudara ini telah wujud sejak abad 1930an di negara-negara Eropah.
    Terapi kelenjar lain yang berkaitan juga sering digunakan atas sebab-sebab kesihatan yang lain seperti merawat penyakit kronik seperti HIV. Manakala untuk beberapa dekad lamanya sel-terapi sering digunakan secara meluas di negara-negara Asia, seperti kegunaan plasenta haiwan dan manusia secara makan ataupun suntikan.
  • Produk kami dikeluarkan oleh satu badan pengeluar nutraseutikal yang terkemuka di Amerika Syarikat. Ini bermakna kami perlu mematuhi undang-undang dan peraturan dari badan FDA (Pentadbir Makanan dan Dadah) di Amerika Syarikat. Kenyataan pada label kami adalah salah satu daripada undang-undang dan peraturan yang kita perlu patuhi.
  • Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support kami setakat ini merupakan cara yang paling sihat dan selamat untuk meningkatkan saiz payudara dalam masa yang sama mencapai badan yang lebih feminin. Kelenjar dalam produk kita dituai dalam keadaan yang paling tulen dan semulajadi. Apabila produk ini memasuki tubuh, ia akan menyembuh, memperbaharui dan meremajakan kelenjar yang semakin berumur dalam badan anda, membawa kembali kebolehan badan untuk membesar, mengembang serta memejalkan payudara.
    Ia kemudiannya membolehkan badan anda untuk menjana jumlah hormon perangsang folikel, hormon lutein, estrogen dan progesteron yang tepat supaya akil baligh payudara boleh berlaku.
    Ia memberi kebaikan semulajadi dan bukan kesan sampingan kepada pengunanya.
    • Kebanyakan wanita hari ini mengalami tanda-tanda ketidakseimbangan hormon (dominasi estrogen), dan menghadapi masalah seperti keletihan, penambahan berat badan, kekurangan tenaga, kurang toleransi terhadap kesejukan, PMS, ketidakselesaan haid, rasa sakit semasa ovulasi, kemandulan dan lain-lain lagi. Produk FemFigure FEM-G boleh membantu badan anda untuk menjana semula tahap hormon pada paras yang betul di samping menstabil semula hormon yang tidak seimbang.

    • Terapi kelenjar ini mampu memberi nafas baru dan mencergaskan badan anda semula seterusnya menyembuh dan mencegah tanda-tanda penuaan pra-matang yang disebabkan oleh kekurangan hormon pada badan. Terdapat ramai wanita yang mendapati bahawa kulit mereka semakin lembap dan kedutan kelihatan semakin berkurangan. Ini adalah kerana dengan jumlah hormon yang betul di dalam badan anda kolagen yang makin berkurangan dapat dijana semula.

    • Terapi kelenjar jenis ini membantu mengekal sel-sel otak dan sistem saraf yang sihat.

    • Bagi wanita yang mengalami keletihan disebabkan oleh adrenal (masalah yang dihadapi kebanyakan wanita zaman moden) akan mendapati tahap tenaga akan menjadi lebih baik setelah menggunakan produk kami dalam jangka waktu yang singkat.

    • Hipotiroidisme adalah disebabkan oleh kekurangan zat iodin dalam diet seseorang. Masalah ini sangat biasa berlaku pada zaman sekarang. Antara gejala-gejala yang hipotiroidisme termasuk hypertonia otot, keletihan, kurang toleransi terhadap kesejukan, sembelit, kemurungan, kekejangan pada sendi dan otot, beguk, kuku nipis dan rapuh, rambut nipis dan rapuh, kepucatan, sukar berpeluh, kulit kering dan gatal, penambahan berat badan, pengekalan air pada badan dan sebagainya. Produk FemFigure FEM-G mengandungi zat iodin yang dapat membantu mengurang dan menghapuskan hipotiroidsme.

    • Wanita yang mengalami kekeringan faraj boleh mendapat manfaat besar dari produk ini. Produk FemFigure FEM-G dapat memulih dan meremaja kembali badan anda di mana badan anda akan mula menghasilkan kelembapan yang diperlukan untuk meringankan gejala kekeringan faraj.

    • Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support dapat meringankan gejala-gejala ketidakselesaan di kalangan wanita sewaktu putus haid dan juga menopos. Ada juga yang melaporkan bahawa kitaran haid kembali, seterusnya menolak proses penuaan lebih jauh ke masa hadapan.
  • Kaedah FemFigure FEM-G berbeza dengan kebanyakan kaedah pembesaran payudara jenis herba yang bergantung kepada takungan air badan (notis: kebanyakan penjual pembesaran payudara jenis herba meminta pelanggan mereka untuk meminum air yang banyak), produk FemFigure FEM-G membantu payudara anda membesar kepada saiz yang diingini melalui pembinaan lobul dan tisu lemak di bahagian dada. Apabila saiz yang diinginkan dicapai anda boleh berhenti mengambil produk ini sama sekali dan saiz baru payudara ini akan kekal. Biasanya dos penyelenggaraan adalah tidak diperlukan!
  • Lain badan lain ceritanya. Walaupun setiap payudara wanita itu mempunyai fungsi yang sama, namun perkembangannya berbeza diantara setiap wanita. Faktor-faktor seperti genetic, hormon tiroid, hormon tekanan, insulin, hormon pertumbuhan, hormon estrogen, progesterone dan hormon testosteron amat berbeza dari satu individul dengan individul yang lain, sekaligus menyebabkan pertumbuhan kelenjar susu dan penyimpanan lemak pada payudara anda berbeza dengan wanita lain. Ini pula akan memberi kesan yang berbeza pada pertumbuhan saiz payudara.

    Tahap hormon testosteron yang dikenali sebagai hormon androgen (dalam badan wanita) juga memainkan faktor utama dalam pertumbuhan payudara. Tahap androgen yang tinggi menyebabkan pertumbuhan payudara menjadi lebih kecil manakala tahap androgen yang rendah bersama dengan kadar BMI (Indeks Jisim Badan) yang tinggi akan menyebabkan seorang badan wanita mempunyai payudara yang lebih besar. Sesetengah wanita walaupun mempunyai tahap hormon androgen yang rendah tetapi badan mereka tidak mampu membina saiz payudara yang ideal disebabkan kekurangan hormon-hormon yang lain di dalam badan mereka. Produk perbesaran/perkembangan payudara semulajadi FemFigure FEM-G dapat mengatasi masalah ini dengan memastikan badan anda dapat menghasilkan jenis hormon-hormon pada kadar yang betul untuk pembesaran payudara.
  • Kaedah ini adalah popular kerana kadar kejayaannya yang tinggi melebihi 93%. Beribu-ribu orang tidak kisah sama ada wanita atau lelaki di seluruh dunia berjaya memperolehi manfaat dengan kaedah ini. Ada yang mengalami pembesaran/perkembangan payudara serta-merta selepas mengunakan terapi ini manakala ada yang mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat keputusannya. Mungkin terdapat 5-7 pengguna dikalangan 100 pengguna yang tidak dapat mengalami pembesaran/perkembangan payudara melalui terapi ini.

    Seperti kata pepatah ‘satu saiz kasut tidak mungkin dapat muat semua jenis kaki’, pembesaran/perkembangan payudara juga adalah berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Ini kerana tubuh badan yang berbeza akan menghasilkan tahap hormon tiroid, hormon tekanan, hormon pertumbuhan, insulin, peratus lemak pada badan dan hormon seks yang berbeza. Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support dapat bekerjasama dengan badan anda untuk membentuk dan membesarkan payudara. Diet harian juga memainkan peranan yang penting dalam aspek ini. Produk ini telah menjana hasil pembesaran pada purata 1 cawan saiz dalam tempoh masa empat bulan. Setakat ini ia merupakan kaedah yang terbaik di serata dunia. Kajian purata ini dihasilkan daripada pelbagai bangsa dan kumpulan etnik yang berlainan di serata dunia.

    Kami mendapati produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support berkesan dengan tahap yang maksimum pada pengamal diet dan gaya hidup yang sihat. Wanita yang berbadan endomorphic, iaitu mereka yang mempunyai tahap BMI yang sangat rendah (ciri-ciri: tinggi, kurus serta mempunyai lemak badan yang rendah) akan mengambil masa yang lebih lama untuk pembesaran dan perkembangan payudara. Ia adalah penting untuk bekerjasama dengan kami supaya kami dapat menunjukkan anda jalan yang betul supaya produk ini dapat melaksanakan objektifnya.
  • Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support adalah satu-satunya terapi yang sesuai untuk remaja (setelah bermula haid selama 2 tahun) dan orang dewasa yang sihat tidak kira wanita atau lelaki. Ia membantu menala badan kembali ke arah perkembangan/pembesaran saiz payudara yang sesuai.

    (Perhatian para remaja: Jangan gunakan produk pembesaran payudara jenis herba sama sekali ketika dalam peringkat akil baligh. Ia akan membantut proses akil baligh pada badan anda. Ia adalah satu perkara yang serius!)
  • Wanita yang mengandung, menyusu dan payudara yang masih mengandungi susu harus mengelak semua produk pembesaran payudara termasuk FemFigure FEM-G. Ini adalah kerana tubuh anda mengandungi paras estrogen yang tinggi, tidak ada gunanya menambah jumlah estrogen yang ada.

    Mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan hormon juga harus mengelak daripada mengunakan produk FemFigure FEM-G
  • Produk pembesaran/perkembangan semulajadi payudara FemFigure FEM-G mujarab sama sekali mebaik pulih payudara yang kecut dan leper selepas kehilangan berat badan yang drastik selepas beranak dan penyusuan anak. Ia mengembalikan semula kebolehan payudara menyimpan lemak serta membaik pulih tisu-tisu perantaraan pada dada, mengisi semula rongga kosong disamping memberi kelatangan, ketegasan dan bentuk pada payudara.
  • Ya, sudah tentu, produk ini dapat berfungsi untuk menyokong serta mengukuhkan semula kekenduran payudara disamping mengembalikan keayuan dan kegairahan pada dada anda. Produk ini mengalakkang badan anda untuk mengisi semula rongga-rongga kosong pada payudara anda disamping mengukuhkan payudara supaya ia kuat dan tidak mudah kendur.

    Anda hanya perlu mengambil 1 pil 2 kali sehari, sejam sebelum sarapan pagi dan ½ jam sebelum tidur.
  • Sudah tentu, bukan sahaja produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support berkesan pada payudara anda malah ia boleh mengelakkan kecutan saiz payudara semasa berat badan anda sedang menurun. Ada yang melaporkan pembesaran sebanyak 1 cawan dalam tempoh 5-6 bulan semasa berat badan makin menurun.
  • Kebanyakan pembesaran/perkembangan payudara jenis herba adalah berdasarkan kebolehan badan anda menyimpan jisim air dalam badan, ini bermakna jika anda mengambik kafein, alkohol dan bahan diuretic, anda akan mendapati pembesaran/perkembangan payudara anda akan mula menurun kepada saiz dan bentuk yang asal.

    Dengan penggunaan produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support, anda boleh memakan seberapa banyak quantiti kafein, alkohol dan bahan diuretik yang anda idamkan dan pembesaran/perkembangan payudara anda tidak akan kembali ke saiz dan bentuk asal walaupun setelah kehilangan jisim air yang banyak. Ini adalah kerana ini merupakan satu-satunya produk pembesaran/perkembangan payudara semulajadi yang dapat bekerjasama dengan badan anda untuk membina payudara dan bukannya jisim air pada badan anda. Pertumbuhan payudara ini adalah kekal.

    Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati semua pengguna kami supaya menjauhkan diri daripada kehidupan yang tidak sihat kerana kami ingin anda memiliki payudara yang sihat dan cantik.
  • Dalam pasaran hari ini terdapat banyak jenis produk pembesaran/perkembangan payudara seperti krim, pill, teh, gula-gula getah dan biskut yang mendakwa produk mereka mampu untuk membesarkan/mengembangkan payudara. Setelah membuat kajian pada produk-produk ini kami mendapati kebanyakan produk ini hanya mampu mengukuh dan mengangkat payudara yang kendur untuk tempoh masa yang singkat. Produk pengencangan payudara tidak mempunyai sains dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membesarkan payudara anda.

    Banyak kajian yang perlu dilakukan ke atas produk-produk payudara di pasaran dan dari syarikat mana produk ini dihasilkan. Kaji sains pembesaran/perkembangan payudara dan bagaimana produk tersebut dapat membantu anda. Jika anda telah mencuba produk tersebut melebihi tempoh masa 8 bulan atau lebih dan mendapati bahawa produk ini tidak mendatangkan mafaat kepada anda, maka anda perlu berhenti mengunakannya.

    Jadilah penguna yang bijak!
  • Ya, sudah pasti. Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support juga mujarab keatas wanita-wanita yang mempunyai implan payudara. Ia dapat membantu mencapai kelembutan semulajadi di sekitar payudara anda. Pembesaran dan pengecangan payudara melalui produk kami tidak akan menggangu implan payudara yang sedia ada.
  • Produk FemFigure FEM-G dihasilkan di sebuah kilang nutraseutikal yang bereputasi FDA dan beranugerah cGMP di Amerika Syarikat. Manakala bahan mentah kelenjar-kelenjar yang digunakan oleh pengilang kami diimport dari negara Argentina (salah sebuah negara yang tidak mempunyai sejarah BSE) dan kemudiannya diperiksa oleh ahli-ahli mikrobiologi dan ahli-ahli kimia untuk memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan USDA.
  • Keputusan yang kami perolehi dari pengguna-pengguna FemFigure FEM-G adalah berbeza. Wanita-wanita kami menggunakan kaedah ini selama 6 bulan hingga setahun untuk membesar dan meningkatkan saiz payudara sebanyak 2 hingga 4 cawan. Pada puratanya wanita Eropah melaporkan pembesaran 1 cawan dalam tempoh masa 3 bulan manakala wanita Asia yang berbadan lebih kecil melaporkan pembesaran 1 cawan dalam tempoh masa 4 bulan.
  • Jika anda mengikut arahan dan nasihat kami jumlah pembesaran saiz cawan payudara dengan mengunakan FemFigure FEM-G adalah tidak terhad. Kami berpengalaman dimana diberi masa yang secukupnya payudara wanita kami dapat membesar sebanyak 4-5 cawan dengan kaedah ini. Anda perlu bekerjasama dengan kami!
  • Kebanyakan wanita kami mengalami pembesaran/perkembangan payudara selepas tempoh ovulasi (iaitu hari ke 14 pada kitaran haid yang norma) ataupun beberapa hari sebelum kedatangan haid mereka. Semasa payudara mengembang membesar ramai dikalangan wanita kami mengalami rasa sesemut pada payudara, sedikit kesakitan kerana lebih darah berjalan dengan kerap menghala ke payudara, rasa penuh pada payudara, kesakitan pada payudara dan kegatalan pada kulit payudara.

    Jika anda ingin mengukur payudara anda untuk melihat sama ada payudara anda telah membesar, ukurlah pada hari ke-10 dalam kitaran haid anda.
  • Suhu badan anda memainkan peranan yang penting untuk pembesaran/perkembangan payudara berlaku dengan produk FemFigure FEM-G. Suhu optimum dalam kadar 36.78 hingga 37 darjah Celsius membolehkan hati anda mengeluarkan enzim yang mampu menukarkan hormon tiroid daripada T4 kepada T3. Pada wanita biasa suhu ini dapat diukur selepas hari ke-14 (ovulasi) kitaran haid anda. Ini kerana pada masa inilah pembesaran/perkembangan payudara akan berlaku.

    (Notis: Kami mengalu-alukan pertanyaan cara-cara meningkatkan tubuh suhu badan jikalau anda mengalami suhu badan yang rendah.)
  • Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support mengandungi campuran proprietary kelenjar lembu dan rumpai laut yang membantu meremajakan dan mengiatkan kelenjar penting yang terlibat dalam proses akil baligh badan anda supaya ia menghasilkan jumlah hormon dan reseptor yang diperlukan untuk pembesaran payudara.
  • Protein merupakan rantaian asid amino yang penting di dalam badan setiap organisma hidup. Ia adalah blok pembangunan setiap sel di dalam badan dan seterusnya membentuk organ badan kita seperti kelenjar, otot, ligament, tendon, kuku dan rambut. Protein yang kita makan setiap hari seperti ikan dan ayam tidak mudah dihadam dan diserap oleh badan kita secara sepenuhnya. Mengamalkan pengambilan tepung protein semasa menjalani terapi FemFigure FEM-G adalah satu langkah yang penting. Ini memastikan badan anda mengandungi asid amino secukupnya untuk bertindak menolak badan anda untuk memasuki proses pembesaran/perkembangan payudara. Tepung protein merupakan rantaian asid amino yang telah dihaluskan untuk memudahkan penyerapan oleh badan tanpa melakukan kerja pencernaan yang lama. Pengalaman kami sejak bertahun-tahun menunjukkan bahawa penambahan tepung protein dapat memberi manfaat kepada kejayaan pertumbuhan payudara secara keseluruhan.



    Index Nilai Biologi (BVI) merupakan sejenis skala pengukuran yang digunakan untuk mengenal pasti peratusan protein yang dapat diserap oleh kegunaan badan kita. Index Nilai Biologi (BVI) yang lebih tinggi mengandungi risiko rendah membebankan buah pinggang kita. Makanan yang mempunyai Index Nilai Biologi (BVI) yang lebih rendah seperti produk soya mempunyai peluang yang lebih tinggi membebankan puah pinggang kita kerana ia tidak mudah diserap secara sepenuhnya oleh tubuh badan. Kami mengesyorkan protein jenis whey yang berkualiti tinggi untuk diamalkan bersama terapi FemFigure FEM-G.

    Kami menasihatkan supaya menghadkan pengambilan protein jenis soya semasa menjalani terapi FemFigure FEM-G disebabkan oleh jumlah phytoestrogen yang tinggi didalam kandungan makanan soya. Jika makanan soya diambil bersama-sama dengan terapi kami, ia mempunyai peluang untuk membatalkan objektif utama FemFigure FEM-G seterusnya menghentikan pembesaran/perkembangan payudara anda. Namun begitu anda masih boleh mengambil makanan soya seperti tofu dan kacang soya dalam kuantiti yang kecil. Jika terapi FemFigure FEM-G telah tamat, anda boleh kembali mengambil produk soya seberapa banyak yang anda mahukan.
  • Tidak, sudah tentu tidak. Mengamalkan pengambilan supplemen FemFigure FEM-G adalah seperti pengamalan plasenta biri-biri atau memakan apa jua jenis daging, ia tidak mendatangkan kesan sampingan. Ini kerana produk FemFigure FEM-G semata-mata mengaktifkan semula kelenjar-kelenjar yang terlibat dalam proses akil baligh supaya pembesaran/perkembangan payudara boleh berlaku. Supplemen ini akan menyuburkan dan memberi nutrien kepada kelenjar badan anda supaya tubuh badan anda dapat berfungsi untuk membesarkan/mengembangkan payudara anda kepada saiz yang ideal.

    Berbeza dengan kaedah pembesaran/perkembangan payudara jenis herba, produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support tidak akan menjejaskan pil pencegah hamil, ubat-ubatan, pertambahan berat badan, kitaran haid dan pertumbuhan rambut badan yang tidak diingini.
  • Tidak, produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support tidak akan membuat seseorang itu gemuk kerana pill ini mengandungi kalori yang rendah. Jika diambil bersama dengan ‘whey protein isolate’ ia akan membantu anda membakar lemak yang tidak diingini pada masa yang sama membesarkan payudara serta membina otot yang menarik.
  • Sejak bertahun-tahun lamanya kaedah ini berjaya digunakan oleh ribuan transgender di sekata dunia untuk membina payudara yang cantik serta tubuh badan yang lebih feminin.
  • Langkah 1

    Ambil pita pengukur dan ukur lilitan tulang rusuk di bawah payudara anda. Kerana semua saiz coli adalah nombor genap, tambahkan 4 inci atau 5 inci kepada ukuran lilitan rusuk untuk mendapatkan nombor genap saiz band. Contohnya jika ukuran tulang rusuk anda ialah 27 inci, maka saiz band anda akan menjadi 27” + 5” = 32”, manakala jika ukuran tulang rusuk anda adalah 28”, maka saiz band anda menjadi 28” + 4” = 32”.

    Langkah 2

    Dengan berdiri tegak di hadapan cermin, guna pita pengukur sekali lagi dan ukur di lilitan kawasan payudara anda dimana terletaknya puting payudara. Setiap perbezaan inci diantara ukuran ini dengan saiz band merupakan saiz cawan payudara anda. Contohnya jika saiz band anda ialah 32” dan ukuran payudara anda ialah 33” maka saiz coli anda adalah 32A. Berikut adalah saiz cawan coli berasaskan perbezaan diantara saiz band dan saiz payudara anda.
    • -2 inci = cawan AAAA
    • -1 inci = cawan AAA
    • 0 inci = cawan AA
    • 1 inci = cawan A
    • 2 inci = cawan B
    • 3 inci = cawan C
    • 4 inci = cawan D
    • 5 inci = cawan DD
    • 6 inci = cawan E
    • 7 inci = cawan F
  • Wanita yang ingin membesarkan/mengembangkan payudara mereka

    Amalkan 1 kapsul 2-3 kali sehari. Adalah dinasihatkan untuk mengambil pil ini sejam sebelum sarapan pagi atau makan tengahari dan ½ jam sebelum tidur.

    Wanita yang ingin menegangkan payudara mereka 

    Amalkan 1 kapsul 1-2 kali sehari. Adalah dinasihatkan untuk mengambil pil ini 1 jam sebelum sarapan pagi dan ½ jam sebelum tidur.

    Lelaki yang ingin membesarkan/mengembangkan payudara mereka

    Amalkan 2-4 kapsul 2 kali sehari. Adalah dinasihatkan supaya mengambil pill ini 1 jam sebelum sarapan diwaktu pagi dan ½ jam sebelum tidur(Sila rujuk kepada kami untuk nasihat menindas paras testosterone anda! Ini adalah peringkat yang penting untuk melatih badan anda untuk menghasilkan estrogen pada masa yang akan datang.)
  • Oleh kerana produk pembesaran/perkembangan semulajadi payudara FemFigure FEM-G adalah sejenis terapi sel kelenjar di mana pengamal supplemen ini akan membantu menyuburkan kelenjar penting yang terlibat di dalam akil baligh seseorang seperti ovari, pituitari, tiroid dan adrenal dalam badan anda supaya pembesaran/perkembangan payudara boleh berlaku. Ini bermakna jika histerektomi anda hanya melibatkan pembuangan rahim tetapi mengekalkan ovari, produk ini masih mempunyai peluang yang besar untuk bekerja dengan badan anda. Walau bagaimanapun, jika histerektomi anda melibatkan pembuangan ovari maka peluang untuk produk ini berkesan ke atas badan anda menjadi sangat rendah.

    Bagi transgender dan ‘cross-dresser’ yang berminat untuk membesarkan/mengembangkan payudara dan memiliki ciri-ciri badan fizikal wanita, produk ini adalah mujarab jika anda mempunyai buah zakar ataupun pemindahan ovari-rahim.
  • Wanita

    Produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support tidak akan menyebabkan ketidasuburan di kalangan wanita kerana produk ini akan meremajakan dan menggiatkan tiroid-ovari-pituitari-adrenal anda supaya ia menjadi lebih muda dan kuat. Ini bermakna anda akan dapat menghasilkan ovum yang lebih sihat semasa proses ovulasi.

    Lelaki

    Jika mana-mana lelaki transgender ataupun ‘cross-dresser’ berminat untuk mengamalkan produk ini untuk membesarkan/mengembangkan payudara, anda perlu maklum bahawa apabila produk ini diambil pada jangka masa yang panjang semua hormon testosterone badan akan ditukarkan kepada hormon estrogen melalui proses ‘aromtization’ dalam badan anda. Pada mulanya badan anda akan menghasilkan bilangan sperma yang lebih rendah. Apabila produk ini digunakan untuk jangka masa yang panjang pengecutan kemaluan lelaki akan berlaku dan seterusnya ketidaksuburan.
  • Apabila produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support mula bekerja dengan badan anda, ia akan mengisi kawasan payudara dibawah puting untuk mengalakkan pertumbuhan payudara ataupun mengisi semula rongga kosong pada payudara yang kendur.

    Jika payudara anda menjadi kendur dan kempis kerana menyusu, produk FemFigure Fem-G Natural Breasts Support akan membaiki dan mengisi semula rongga kosong pada payudara anda. Ini adalah salah satu sebab ia kelihatan lebih bulat dan rasa lebih tegang. Pada mulanya, kesan ini tidak akan dapat diukur pada pita pengukur anda. Cara lain untuk mengukur perbezaan saiz payudara ialah dengan mengunakan coli lama dimana payudara kelihatan melimpah keluar dari coli yang dipakai. Ukuran yang lebih teguh dengan pita pengukur akan kelihatan apabila produk ini diambil secara kerap.
  • Produk yang berasaskan estrogen seperti pil pencegah hamil dan produk pembesaran payudara jenis herba mungkin menyebabkan kesan bengkak dan pembesaran/pengembangan payudara untuk sementara waktu. Kesan-kesan ini tidak dapat bertahan lama dan akan berakhir jikalau dos penyelenggaraan tidak diambil pada jangka waktu yang panjang. Anda juga akan menghadapi risiko di mana payudara anda akan kembali ke saiz asalnya selepas anda berhenti menggunakan produk tersebut sama sekali. Pembesaran/perkembangan payudara kekal hanya boleh dilaksanakan apabila tubuh badan anda sendiri yang membina platform untuk payudara itu membesar.

No comments:

Post a Comment